31 May 2010
.
Kepada mereka yang menjalin kerjasama dengan Apco Worldwide syarikat milik yahudi jangan sedih dengan berita terbaru menimpa misi kemanusiaan untuk penduduk Gaza.
Berita terkini, Konvoi Freedom Flotilla diserang, menurut laporan televisyen di Turki, dua orang aktivis meninggal dunia, hampir 30 orang cedera.
Laman web Haluan Palestin yang memetik laporan dari live streaming IHH melaporkan bahawa dua orang yang telah meninggal dunia dan hampir 30 orang tercedera kerana serangan helikopter dari Israel.Lebih zalim lagi kapal berkenaan diserang di perairan antarabangsa.
Tak usahlah kita membahaskan tentang bangsa yahudi ini. Mereka telah sekian lama dilaknat oleh Allah SWT seperti yang termaktub dalam Al Quran. Tetapi yang paling dikesalkan terdapat negara yang mengaku sebagai pembela umat Islam menjadi penyumbang kepada ekonomi Yahudi. RM 77 juta untuk Apco Worldwide untuk sebuah syarikat milik yahudi yang kemudiaannya menjadi pembayar cukai kepada regim haram zionis yang kemudiaannya digunakan untuk membeli senjata untuk merobek nyawa dan mengalirkan darah umat Islam. Tak kanlah itu pun payah sangat nak fikir?
Monday, May 31, 2010
RENUNGAN BUAT YANG BUAT KERJASAMA DENGAN APCO WOLDWIDE: MISI GAZA DISERANG, 2 MATI DAN BERPULUH CEDERA
Posted by Meninti Sebuah Perjuangan at 12:15 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment